Berikut adalah pemberitahuan kepada semua pelajar dan waris bahawa pengagihan elaun pelajar yang berjumlah RM100 setiap pelajar akan dilaksanakan pada 16 Nov 2011 (Rabu) pada jam 11 pagi di pejabat SMK Air Merah.
Elaun tersebut akan hanya diberikan dengan kehadiran waris bersama pelajar berkenaan. Pelajar perlu bawa bersama kad pengenalan.
Moga proses pengagihan tersebut akan berjalan dengan lancar.
Sekian.
Tuesday, November 15, 2011
Wednesday, October 5, 2011
LAMAN WEB SMK AIR MERAH
Salam sejahtera,
Laman web SMK Air Merah telah dibuka dan masih dalam proses memasukkan maklumat sekolah. Laman web ini boleh diakses di sini: SMK AIR MERAH
Laman web ini diwujudkan untuk rujukan warga SMK Air Merah untuk mendapatkan maklumat tentang aktiviti, pengumuman atau siaran yang ingin disampaikan oleh pihak sekolah.

Monday, October 3, 2011
MAJLIS PELANCARAN PUSAT AKSES KENDIRI PUSAT SUMBER DARUL HIKMAH 2011
Pusat Akses Kendiri, Pusat Sumber Darul hikmah merupakan cetusan idea Puan Pengetua, Hajah Rusiah bt. Nasruddin. Antara matlamat dan objektifnya kewujudannya adalah menyediakan kemudahan teknologi maklumat kepada para guru dan pelajar SMK Air Merah. Dengan adanya komputer yang disediakan, para pelajar boleh mengakses sendiri maklumat untuk tujuan pembelajaran selain meningkatkan kemahiran penggunaan ICT dalam kehidupan mereka seharian. Para pelajar juga boleh memuat turun maklumat yang diperlukan dalam menyiapkan kerja kursus yang diberikan oleh guru tanpa perlu mengunjungi kedai-kedai komputer di luar.
Sebagai permulaan, 3 buah komputer sumbangan PIBG dan Pn. Pengetua serta 2 buah laptop sumbangan INTEL kepada sekolah ditempatkan di ruangan ini. Para pelajar dan guru boleh menggunakan kemudahan internet mengikut jadual waktu yang ditetapkan.
Sehubungan dengan itu, perasmian Pusat Akses Kendiri ini telah dilakukan oleh YDP PIBG, En. Abdullah B Hashim bersama Pengetua dan barisan pentadbir sekolah pada 29 September 2011 di Pusat Sumber sekolah. Adalah menjadi harapan jawatankuasa PSS agar pusat akses ini dapat beroperasi sesuai dengan matlamat kewujudnya dan lebih banyak komputer akan ditempatkan pada masa akan datang.
Memandangkan jumlah komputer dan masa penggunaan yang begitu terhad, jadual waktu penggunaan diwujudkan agar lebih ramai pelajar dan guru berpeluang menggunakannya. Para pelajar boleh menggunakan komputer sebelum waktu P&P bermula, pada waktu rehat dan selepas P&P tamat.
MAJLIS PERSARAAN PUAN PENGETUA
Salam Sejahtera,
Hari ini, tibalah hari persaraan Tuan Pengetua, Puan Hjh Rusiah bt. Nasruddin. Sebelum bermulanya Majlis Persaraan beliau, Tuan Pengetua menyempurnakan pelancaran buku Suara Guru SMK Air Merah iaitu satu koleksi teks ucapan mingguan para guru. Buku ini dihasilkan dengan kerjasama Pusat Sumber Darul Hikmah. Adalah menjadi harapan beliau yang buku ini akan menjadi sumber rujukan berguna buat setiap warga SMKAM.
Majlis persaraan bermula awal pagi setelah para pelajar, para guru dan YDP PIBG Tuan Haji Abdullah Hashim tiba dengan perarakan masuk Puan Pengetua diiringi oleh Penolong Kanan Pentadbiran, Puan Hjh Norhashimah bt. Che Meh, Penolong Kanan HEM Encik Yusri b. Abd. Rashid, Penolong Kanan Ko-Kurikulum, En. Mohd Asri b. Mansor serta barisan Guru Kanan Bidang.
Majlis dimulakan dengan bacaan doa yang diketuai oleh Ustaz Hasan b. Abu Lahak dan diikuti oleh Pembacaan Biodata Pn Hjh Rusiah bt. Nasrudin oleh Encik Asri bin Mansor, Penolong Kanan Ko-Kurikulum. Majlis kemudiannya diteruskan dengan Ucapan YDP PIBG, Tuan Haji Abdullah b. Hashim dan seterusnya diikuti dengan Ucapan Penolong Kanan Pentadbiran, Puan Hjh Norhashimah bt. Che Meh. Seterusnya, Majlis disempurnakan dengan Ucapan Perpisahan Tuan Pengetua dan diikuti dengan Upacara Penyampaian Sijil dan Penyampaian Hadiah dan Cenderahati.
Majlis kemudiannya diserikan dengan persembahan oleh anak-anak pelajar dan Tuan Pengetua sendiri. Selepas acara memotong kek, Tuan Pengetua, barisan pentadbir, para guru dan tetamu jemputan dijemput untuk menikmati sedikit jamuan ringan
Majlis persaraan Puan Pengetua diakhiri dengan upacara bersalaman dengan para guru dan pelajar pada lebihkurang jam 1 tgh hari.

Sunday, July 3, 2011
SAMBUTAN ISRAK MIKRAJ PERINGKAT SEKOLAH 2011
Sambutan Israk Mikraj 2011 telah diadakan pada 3 Julai 2011. Majlis ini diserikan dengan ceramah yang disampaikan oleh YBHG Ustaz Abd Moin bin Hasim, Penyelia Kanan Sektor Pendidikan Islam Pulau Pinang.
Majlis bermula pada jam 7.30 pagi setelah pelajar berkumpul di Dewan Terbuka dengan kata-kata aluan pengacara majlis, Cikgu Wan Suhaimi. Ini kemudiannya diikuti oleh bacaan doa dan seterusnya bacaan Quran dan terjemahan (Surah Israk ayat 1 hingga 7) oleh Mohd Amirul Husni b Azmi dan Mohd Nazdi Syarin b Majdi.
Ceramah disampaikan sebaik sahaja selepas bacaan Quran.
Adalah diharapkan para pelajar dan guru Islam akan mengingati peristiwa Israk dan Mikraj yang berlaku atas junjungan Nabi Muhammad S.A.W, menghayati dan mengambil iktibar peristiwa Israk dan Mikraj dan mengamalkan ajaran yang dibawa oleh Rasulullah S.A.W. sepenuhnya.

Thursday, May 19, 2011
SAMBUTAN HARI GURU 2011 SMK AIR MERAH
Para guru SMK Air Merah diraikan dengan meriah sekali pada 16 Mei yang lalu. Sambutan Hari Guru ini dirancang dan dilaksanakan oleh Lembaga Pengawas SMK Air Merah dengan jayanya. Majlis dimulakan dengan perarakan masuk semua guru yang didahului oleh Tuan Pengetua, Penolong Kanan Pentadbiran, Penolong Kanan HEM, Penolong Kanan Ko-Kurikulum, Guru-guru Kanan dan seterusnya guru-guru lain. Perarakan masuk itu diiringi dengan paluan kompang yang sungguh meriah.
Sejurus selepas para guru mengambil tempat, nyanyian lagu Negaraku diadakan dan diikuti dengan ucapan aluan pengerusi majlis. Selepas bacaan doa, wakil pelajar memberikan sedikit ucapan menghargai sumbangan guru. Kemudian, Tuan Pengetua membacakan perutusan KPP Malaysia dan diikuti dengan ucapan Pengetua sendiri. Antara lain, beliau mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan terima kasih kepada pengawas atas usaha dan komitmen mereka menjayakan majlis ini. Beliau juga berpesan kepada para pelajar untuk teruskan usaha menimba ilmu sebanyak mungkin dan menghargai, menghormati dan membanggai guru. Kepada para guru pula, Tuan Pengetua menyeru mereka supaya teruskan perjuangan menunaikan amanah untuk mendidik anak bangsa tanpa mengenal putus asa kerana jatuh bangunnya modal insan dan maju mundurnya negara terletak di tangan para guru.
Selepas itu, para guru mengambil tempat di atas pentas dan melaungkan ikrar guru. Selepas bacaan ikrar, para guru menyanyikan lagu "Kami Guru Malaysia" dan "Biarku Menjadi Lilin" secara koir dengan mendapat tepukan gemuruh dari para pelajar.
Penyampaian hadiah hari guru berlangsung selepas itu yang berakhir dengan penganugerahan Tokoh Guru SMKAM 2011 kepada Tuan Pengetua, Hajah Rusiah bt Nasruddin yang disempurnakan oleh Guru Penolong Kanan Pentadbiran Puan Hajah Norhashimah bt Che Meh. Selepas itu, tetamu kehormat, YDP PIBG SMKAM Tuan Hj Abdullah b. Hashim diiringi oleh Tuan Pengetua dan Penolong Kanan Pentadbiran ke pentas untuk upacara memotong kek.
Aktiviti sukaneka berlangsung pada jam 9.00 pagi. Acara sukaneka terdiri dari Futsal, Bowling Kampung, Sepak Raga Bulat, Sambutan Kasih, Bahasa Isyarat dan Musical Chair. Sambutan Hari Guru ini bersambung dengan persembahan pelajar di dewan terbuka pada jam 11.00 pagi. Persembahan pelajar terdiri dari nyanyian, nasyid, tarian dan lakonan. Selain daripada itu, jualan poskad, air minuman, bunga, permintaan lagu dan cup cake juga dijalankan.
Majlis bersurai pada jam 1.30 ptg.
TERIMA KASIH KEPADA PARA PENGAWAS DAN ANAK-ANAK PELAJAR ATAS USAHA ANDA MERAIKAN PARA GURU SMKAM!!!

Sunday, April 24, 2011
Pertandingan Bola Baling
Satu pertandingan bola baling peringkat daerah telah diadakan dari 12 - 13 April 2011 di SMK Padang Serai. Pasukan lelaki dan perempuan SMK Air Merah telah turut serta memeriahkan pertandingan tersebut dan hasil dari latihan gigih yang dijalankan saban minggu telah muncul sebagai pemenang tempat kedua bagi pasukan lelaki dan tempat ketiga bagi pasukan perempuan. Adalah diharapkan pasukan bola baling SMK Air Merah mendapat suntikan semangat dari pencapaian ini dan akan mampu pergi lebih jauh lagi selepas ini. Insyaallah.
Syabas diucapkan kepada kedua-dua pasukan ini. Anda hebat!!!!

Monday, April 18, 2011
HARI ANUGERAH CEMERLANG DAN MESYUARAT AGUNG PIBG KE-9 2011
Majllis Hari Anugerah Cemerlang yang berlangsung pada 27 Mac 2011 di rasmikan oleh Tuan Haji Badrunsham b. Dahalan, Ketua Sektor Psikologi & Kaunseling JPN Kedah. Para tetamu dan waris tiba pada jam 8.00 pagi dan tetamu kehormat tiba pada jam 8.15 pagi. Majlis dimulakan dengan bacaan doa dan ucapan alu-aluan & laporan pengetua. Ini disusuli dengan ucapan YDP PIBG SMKAM dan seterusnya ucapan perasmian. Persembahan pelajar yang terdiri dari persembahan nasyid dan dikir barat berlangsung selepas itu. Ini diikuti dengan Majlis Penyampaian Hadiah yang disempurnakan oleh Tuan Hj Badrunshah. Para tetamu kemudiannya dipersilakan untuk menikmati sedikit jamuan ringan.
Mesyuarat Agung PIBG berlangsung tepat pada jam 10.30 pagi.

Monday, March 21, 2011
MAJLIS PELANTIKAN PUSTAKAWAN, PELANCARAN BLOG PUSAT SUMBER DARUL HIKMAH, PELANTIKAN PENGAWAS KOPERASI DAN PELANCARAN NILAM
Pada 6 Mac yang lalu, pihak pusat sumber telah mengadakan majlis pelantikan pustakawan dan pelancaran blog pusat sumber. Majlis tersebut disempurnakan oleh Tuan Pengetua SMK Air Merah, Pn Rusiah bt. Nasruddin. Majlis bermula dengan perarakan masuk pustakawan dan diikuti dengan bacaan doa. Kemudian, guru penyelaras pusat sumber, Pn Adianah bt Samam Juis memberikan sedikit ucapan disusuli dengan ucapan Tuan Pengetua dan seterusnya pelancaran blog pusat sumber.
Dalam ucapannya, Tuan Pengetua memberikan kata-kata semangat dan perangsang kepada pustakawan dan juga pengawas koperasi untuk menjalankan tugas dengan cemerlang dalam usaha membantu pihak sekolah mencapai misi dan visi sekolah.
Selepas itu, penyerahan dan penerimaan watikah pelantikan kepada pustakawan dan pengawas koperasi dijalankan. Watikah disampaikan oleh Tuan Pengetua. Akhir sekali, upacara bacaan ikrar oleh pustakawan dan pengawas koperasi yang dilantik dijalankan.
Majlis kemudiaannya disambungkan dengan pelancaran Nilam yang juga disempurnakan oleh Tuan Pengetua. Pelancaran ini dimulakan dengan sedikit ucapan oleh Guru Penyelarasa Nilam iaitu Cikgu Ku Norsyuhada dan Tokoh Nilam tahun 2010. Selepas itu, majlis diteruskan dengan persembahan pelajar. Seterusnya perasmian Nilam dilaksanakan oleh Tuan Pengetua SMK Air Merah.
Majlis bersurai pada lebih kurang jam 9.30 pagi.
Dalam ucapannya, Tuan Pengetua memberikan kata-kata semangat dan perangsang kepada pustakawan dan juga pengawas koperasi untuk menjalankan tugas dengan cemerlang dalam usaha membantu pihak sekolah mencapai misi dan visi sekolah.
Selepas itu, penyerahan dan penerimaan watikah pelantikan kepada pustakawan dan pengawas koperasi dijalankan. Watikah disampaikan oleh Tuan Pengetua. Akhir sekali, upacara bacaan ikrar oleh pustakawan dan pengawas koperasi yang dilantik dijalankan.
Majlis bersurai pada lebih kurang jam 9.30 pagi.
Sunday, March 6, 2011
AKTIVITI MERENTAS DESA 2011
Acara merentas desa untuk tahun 2011 telah selamat dijalankan pada hari sabtu, 5 Mac 2011. Para peserta berkumpul di tapak perhimpunan seawal jam 7.30 pagi. Acara ini dimulakan dengan sesi senamrobik bagi memanaskan badan sebelum para peserta dilepaskan oleh Tuan Pengetua.
Acara ini tamat pada lebihkurang jam 11 pagi.
Berikut adalah keputusan rasmi KEJOHANAN MERENTAS DESA SMK AIR MERAH 2011
KATEGORI LELAKI BAWAH 18 TAHUN
Johan - Rumah Kuning dan Hijau dengan jumlah 86 mata.
Tempat Ketiga - Rumah Biru dengan jumlah 74 mata.
Tempat Keempat - Rumah Merah dengan jumlah 62 mata.
KATEGORI PEREMPUAN BAWAH 18 TAHUN
Johan-Rumah Biru dengan jumlah 80 mata.
Naib Johan- Rumah Kuning dan Hijau dengan jumlah 75 mata.
Tempat Keempat - Rumah Merah dengan jumlah 58 mata.
KATEGORI LELAKI BAWAH 15 TAHUN
Johan - Rumah Biru dengan jumlah 129 mata.
Naib Johan - Rumah Merah dengan jumlah 119 mata.
Tempat Ketiga - Rumah Hijau dengan jumlah 100 mata.
Tempat Keempat - Rumah Kuning dengan jumlah 32 mata.
KATEGORI PEREMPUAN BAWAH 15 TAHUN
Johan - Rumah Merah dengan jumlah 138 mata.
Naib Johan - Rumah Biru dengan jumlah 109 mata.
Tempat Ketiga - Rumah Hijau dengan jumlah 81 mata.
Tempat Keempat - Rumah Kuning dengan jumlah 40 mata.
KEPUTUSAN KESELURUHAN
JOHAN - RUMAH BIRU - JUMLAH MATA : 392
NAIB JOHAN - RUMAH MERAH - JUMLAH MATA: 377
TEMPAT KETIGA - RUMAH HIJAU - JUMLAH MATA: 342
TEMPAT KEEMPAT - RUMAH KUNING - JUMLAH MATA: 233

Sunday, February 27, 2011
MAJLIS PERLANTIKAN GURU DISPLIN DAN PENGAWAS SMK AIR MERAH 2011
Majlis Perlantikan Guru Disiplin Dan Pengawas SMKAM 2011 telah berlangsung pada pagi ini tepat pada jam 7.40 pagi di tapak perhimpunan. Tetamu kehormat sempena majlis ini ialah Tuan ASP Ahmad Sidi b. Mohamad Lazin.
Acara majlis di dahului dengan kata aluan dari Tuan Pengetua, Pn Rusiah bt. Nasruddin. Antara lain, beliau mengalu-alukan kehadiran Tuan ASP dan menyatakan kebimbangan beliau akan terdedahnya para pelajar kepada pelbagai risiko di luar sekolah. Sehubungan itu, beliau amat berharap agar Tuan ASP dapat memberikan sedikit panduan kepada para pelajar. Setinggi-tinggi tahniah juga diucapkan kepada para guru yang dipilih sebagai guru disiplin dan juga anak2 pelajar yang diberikan kepercayaan penuh untuk menjalankan tugas sebagai pengawas sekolah. Beliau juga amat berharap agar para pengawas ini dapat menjalankan tugas mereka dengan penuh komitmen dan dapat membentuk sahsiah diri untuk menjadi pemimpin di masa hadapan.
Majlis kemudiannya disambung dengan ucapan Tuan ASP. Di antara intipati ucapan beliau itu ada nasihat kepada pelajar supaya tidak melibatkan diri dalam perkara yang tidak diingini. Contohnya.. elakkan dari terlibat dalam kesalahan trafik. Beliau menegaskan bahawa dalam kesalahan trafik, bukan saja pelajar yang melakukan kesalahan yang akan disaman malah ibubapanya juga akan disaman. Jenayah curi motosikal juga didapati meningkat di sekolah-sekolah. Beliau juga menasihatkan pelajar supaya menjauhi penyalahgunaan dadah kerana seringkali, penagihan dadah akan berakhir dengan kematian.
Ucapan Tuan ASP itu diikuti dengan penyampaian watikah perlantikan guru disliplin dan pengawas dan disusuli pula dengan majlis penurunan kuasa merotan kepada beberapa orang guru.
Majlis diakhiri dengan penyampaian cenderahati kepada tetamu kehormat, Tuan ASP Ahmad Sidi b. Mohamad Lazin sebagai penghargaan atas kesudian beliau meluangkan masa menghadiri majlis kita ini.

Thursday, February 17, 2011
Sumbangan Bahan Bacaan
Mesyuarat Jawatan Kuasa Pusat Sumber Darul Hikmah yang diadakan pada hari 9 hb Feb 2011 antara lain telah memutuskan untuk memohon sumbangan bahan bacaan dari warga SMKAM. Sumbangan pertama yang berupa buku2 dan majalah telah diterima dari para pelajar dan guru di hadapan perhimpunan pagi pada 16 hb Feb 2011.
Pihak Pusat Sumber merakamkan jutaan terima kasih atas keprihatinan dan sokongan anda demi memacu Pusat Sumber ini ke arah melahirkan para pelajar dan guru yang cemerlang....
Adalah diharapkan moga-moga sumbangan ini dapat dimenafaatkan sepenuhnya oleh para pelajar...

Wednesday, February 16, 2011
SAMBUTAN MAULIDUR RASUL
SMK Air Merah telah mengadakan majlis SAMBUTAN MAULIDUR RASUL SAW 1432H pada hari Ahad, 13 Feb 2011 bertempat di tapak perhimpunan. Penceramah jemputan ialah YBHG TN HJ KHAIRUL ANUAR BIN MUSA, Pengetua SABK MADRASAH KHAIRIAH ISLAMIAH, POKOK SENA, KEPALA BATAS.
Majlis itu diadakan bertujuan untuk:
1. Mengingati sambutan ulang-tahun keputeraan Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW.
2. Menghayati sejarah Rasulullah SAW.
3. Mengamalkan ajaran Rasulullah SAW.
4. Meningkatkan keimanan dan kecintaan terhadap Rasulullah saw.
Majlis dimulakan setelah pelajar berkumpul di tapak perhimpunan dengan kata-kata aluan Pengacara Majlis, Ustazah Kartini. Ianya disusuli dengan pembacaan Ayat Al-Quran dan diikuti dengan Selawat. Selepas itu, ceramah Maulidur Rasul disampaikan oleh penceramah jemputan iaitu YBHG Tuan Hj Khairul Anuar b. Musa. Di dalam ceramah beliau, tuan hj juga menekankan tentang pentingnya perasaan cinta dan sayang kepada Rasulullah dipupuk dengan meniru dan menghayati gaya hidup rasulullah. Di samping itu, beliau juga menekankan tentang ketidaksesuaian sambutan Hari Valentine di kalangan umat Islam kerana konsep Hari Valentine itu bertentangan dengan budaya Islam.
Majlis bersurai pada jam 9.00 pagi.

Thursday, February 10, 2011
SELAMAT DATANG KE PUSAT SUMBER DARUL HIKMAH
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada Tuan Pengetua, Puan Rusiah bt Nasruddin, Penolong Kanan Pentadbiran, Pn Norhashimah bt Che Meh, Penolong Kanan HEM, En Yusri b. Abd Rashid, Penolong Kanan KoKurikulum, En Mohd Asri b. Mansor, Guru2 Kanan dan seterusnya seluruh warga SMK Air Merah.
Blog ini dibangunkan sebagai satu saluran untuk menyampaikan dan mendapatkan maklumat serta ilmu

Subscribe to:
Posts (Atom)