As salamualaikum dan selamat sejahtera kepada warga SMK Air Merah,
Peperiksaan PMR sudahpun bermula dan hari ini adalah hari ketiga. Diharap anak-anak pelajar akan dapat menjawab dengan tenang. Marilah kita sama-sama mendoakan kejayaan mereka.
SELAMAT BERJUANG
Wednesday, October 10, 2012
Monday, July 2, 2012
Kejohanan Padang dan Balapan
Kejohanan Padang dan Balapan SMKAM akan berlangsung pada hari Rabu, 4 Julai 2012. Kejohanan ini akan bermula pada 2.30 petang dengan perbarisan pasukan beruniform dan rumah-rumah sukan.
Pertandingan hiasan rumah juga akan diadakan. Diharap semua pihak akan berikan kerjasama sepenuhnya demi menjayakan kejohanan ini..

Tuesday, June 19, 2012
Sukan Tara
Assalamualakum semua warga SMKAM,
Sukan tara untuk tahun ini bermula hari ini jam 3 petang sebagai persediaan untuk Acara Kejohanan Balapan dan Padang SMKAM 2012 yang akan berlangsung pada 4 Julai nanti. Diharapkan semua pelajar akan cuba dengan bersungguh-sungguh untuk memungut mata bagi rumah sukan masing-masing. Acara sukan tara ialah acara pecut 100m dan lontar peluru.
Sekian.

Wednesday, May 23, 2012
Peperiksaan Pertengahan Tahun
Peperiksaan Pertengahan Tahun telah bermula minggu lepas dan akan berakhir pada hari Khamis, 24 Mei iaitu hari terakhir untuk penggal ini. Cuti pertengahan tahun akan bermula pada 25 Mei dan berakhir pada 9 Jun 2012.
Untuk pelajar Tkt 3 dan 5, pihak sekolah akan menjalankan kelas-kelas dalam cuti di mana guru-guru matapelajaran akan membimbing pelajar membuat latihan dalam kelas. Di harap pelajar akan mengambil kesempatan ini untuk membuat ulangkaji dibawah bimbingan guru. Modul latihan untuk pelajar Tkt 1, 2 dan 4 juga disediakan untuk dibuat semasa cuti sekolah.
Dengan ini, pihak sekolah mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat bercuti, dan adalah menjadi harapan pihak sekolah agar pelajar menggunakan masa cuti ini dengan sebaiknya.

Wednesday, February 22, 2012
Kelab Videografi Dan Fotografi
Pagi ini telah berlangsung mesyuarat kelab dan persatuan SMK Air Merah. Kelab yang baru ditubuhkan ialah Kelab Videografi dan Fotografi dengan mendapat sambutan di luar dugaan. Seramai 135 ahli kelab telah didaftarkan. Serentak dengan itu, sebuah blog yang khusus untuk kelab tersebut telah diwujudkan. Blog tersebut dapat diakses di sini....KELAB VIDEOGRAFI DAN FOTOGRAFI.
Adalah diharapkan kewujudan kelab ini akan meningkatkan lagi minat pelajar untuk bergiat dengan lebih aktif dalam bidang kokurikulum.

Tuesday, February 21, 2012
UJIAN 1-2012
Salam dan selamat sejahtera pada semua warga SMKAM,
Ujian 1 akan bermula pada 4 Mac, Ahad dan akan berakhir pada 6 Mac, Selasa. Di harap para pelajar akan melakukan ulangkaji dan membuat persediaan sewajarnya bagi mendapatkan keputusan yang cemerlang.
ALL THE BEST!!!!

Monday, February 20, 2012
PROGRAM CERAMAH POLIS
Program ceramah bersama polis telah berlangsung pagi ini bermula dari jam 8.00 pagi dan berakhir pada jam 9.30 pagi. Ceramah disampaikan oleh Tuan Inspektor Sobri bin Ismail dari Bahagian Risikan dan Operasi, IPD Kulim.
Ceramah yang disampaikan, antara lain, adalah berkisar tentang salah laku di kalangan pelajar seperti merokok, ponteng, pergaduhan dan sebagainya. Beliau juga memberi kata dua kepada pelajar bahawa pihak polis boleh mengambil tindakan sekiranya perbuatan salah laku ini dilaporkan kepada pihak polis.
Jutaan terima kasih diucapkan kepada beliau kerana sudi meluangkan masa untuk berkongsi maklumat dengan para pelajar dan guru.

Wednesday, January 11, 2012
PERMULAAN SESI PERSEKOLAHAN 2012
Pelajar SMK AIR MERAH diperkenalkan kepada Tuan Pengetua baru pada hari pertama persekolahan dalam perhimpunan pertama pada 3/1/12, iaitu Tuan Haji Azli b. Abdul Ani. Beliau telah melapor diri di sekolah ini pada 20/11/12.
Di dalam ucapan sulongnya dalam perhimpunan itu, antara lain, beliau mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada pelajar Tkt 4 atas pencapaian keputusan PMR 2011 yang begitu cemerlang sekali iaitu 70.80% berbanding dengan 68.03% bagi tahun 2010. Beliau juga mengucapkan tahniah dan jutaan terima kasih kepada para guru dan barisan pentadbiran atas usaha mereka yang tidak mengenal penat dalam mendidik pelajar. Sehubungan itu, Tuan Pengetua menekankan pentingnya para pelajar belajar dengan bersungguh-sungguh dan berdisiplin demi masa depan yang cemerlang. Beliau juga amat berharap yang para pelajar memberikan tumpuan sepenuhnya dalam kelas semasa P&P sedang berjalan.
Di dalam perhimpunan itu juga, beliau mengumumkan pertukaran keluar Pn Hajah Norhashimah Che Meh, PK Pentadbiran ke SMK Selama sebagai Tuan Pengetua.
Pihak sekolah amat mengalu-alukan kedatangan Tuan Pengetua ke SMKAM dan diharapkan sekolah ini akan menjadi lebih cemerlang dibawah kepimpinan beliau.

Subscribe to:
Posts (Atom)