Monday, March 21, 2011

MAJLIS PELANTIKAN PUSTAKAWAN, PELANCARAN BLOG PUSAT SUMBER DARUL HIKMAH, PELANTIKAN PENGAWAS KOPERASI DAN PELANCARAN NILAM

Pada 6 Mac yang lalu, pihak pusat sumber telah mengadakan majlis pelantikan pustakawan dan pelancaran blog pusat sumber.  Majlis tersebut disempurnakan oleh Tuan Pengetua SMK Air Merah, Pn Rusiah bt. Nasruddin.  Majlis bermula dengan perarakan masuk pustakawan dan diikuti dengan bacaan doa.  Kemudian, guru penyelaras pusat sumber, Pn Adianah bt Samam Juis memberikan sedikit ucapan disusuli dengan ucapan Tuan Pengetua dan seterusnya pelancaran blog pusat sumber. 











Dalam ucapannya, Tuan Pengetua memberikan kata-kata semangat dan perangsang kepada pustakawan dan juga pengawas koperasi untuk menjalankan tugas dengan cemerlang dalam usaha membantu pihak sekolah mencapai misi dan visi sekolah.

Selepas itu, penyerahan dan penerimaan watikah pelantikan kepada pustakawan dan pengawas koperasi dijalankan.  Watikah disampaikan oleh Tuan Pengetua.  Akhir sekali, upacara bacaan ikrar oleh pustakawan dan pengawas koperasi yang dilantik dijalankan.







Majlis kemudiaannya disambungkan dengan pelancaran Nilam yang juga disempurnakan oleh Tuan Pengetua.  Pelancaran ini dimulakan dengan sedikit ucapan oleh Guru Penyelarasa Nilam iaitu Cikgu Ku Norsyuhada dan Tokoh  Nilam tahun 2010. Selepas itu, majlis diteruskan dengan persembahan pelajar.  Seterusnya perasmian Nilam dilaksanakan oleh Tuan Pengetua SMK Air Merah.

 




Majlis bersurai pada lebih kurang jam 9.30 pagi.

Sunday, March 6, 2011

AKTIVITI MERENTAS DESA 2011

Acara merentas desa untuk tahun 2011 telah selamat dijalankan pada hari sabtu, 5 Mac 2011.  Para peserta berkumpul di tapak perhimpunan seawal jam 7.30 pagi.  Acara ini dimulakan dengan sesi senamrobik bagi memanaskan badan sebelum para peserta dilepaskan oleh Tuan Pengetua.

Acara ini tamat pada lebihkurang jam 11 pagi.

Berikut adalah keputusan rasmi KEJOHANAN MERENTAS DESA SMK AIR MERAH 2011

KATEGORI LELAKI BAWAH 18 TAHUN

Johan -  Rumah Kuning dan Hijau dengan jumlah 86 mata.
Tempat Ketiga - Rumah Biru dengan jumlah 74 mata.
Tempat Keempat - Rumah Merah dengan jumlah 62 mata.

KATEGORI PEREMPUAN BAWAH 18 TAHUN

Johan-Rumah Biru dengan jumlah 80 mata.
Naib Johan- Rumah Kuning dan Hijau dengan jumlah 75 mata.
Tempat Keempat - Rumah Merah dengan jumlah 58 mata.

KATEGORI LELAKI BAWAH 15 TAHUN

Johan - Rumah Biru dengan jumlah 129 mata.
Naib Johan - Rumah Merah dengan jumlah 119 mata.
Tempat Ketiga - Rumah Hijau dengan jumlah 100 mata.
Tempat Keempat -  Rumah Kuning dengan jumlah 32 mata.

KATEGORI PEREMPUAN BAWAH 15 TAHUN

Johan - Rumah Merah dengan jumlah 138 mata.
Naib Johan - Rumah Biru dengan jumlah 109 mata.
Tempat Ketiga - Rumah Hijau dengan jumlah 81 mata.
Tempat Keempat - Rumah Kuning dengan jumlah 40 mata.

KEPUTUSAN KESELURUHAN

JOHAN - RUMAH BIRU - JUMLAH MATA : 392
NAIB JOHAN - RUMAH MERAH - JUMLAH MATA: 377
TEMPAT KETIGA - RUMAH HIJAU - JUMLAH MATA: 342
TEMPAT KEEMPAT - RUMAH KUNING - JUMLAH MATA: 233