Sunday, July 3, 2011
SAMBUTAN ISRAK MIKRAJ PERINGKAT SEKOLAH 2011
Sambutan Israk Mikraj 2011 telah diadakan pada 3 Julai 2011. Majlis ini diserikan dengan ceramah yang disampaikan oleh YBHG Ustaz Abd Moin bin Hasim, Penyelia Kanan Sektor Pendidikan Islam Pulau Pinang.
Majlis bermula pada jam 7.30 pagi setelah pelajar berkumpul di Dewan Terbuka dengan kata-kata aluan pengacara majlis, Cikgu Wan Suhaimi. Ini kemudiannya diikuti oleh bacaan doa dan seterusnya bacaan Quran dan terjemahan (Surah Israk ayat 1 hingga 7) oleh Mohd Amirul Husni b Azmi dan Mohd Nazdi Syarin b Majdi.
Ceramah disampaikan sebaik sahaja selepas bacaan Quran.
Adalah diharapkan para pelajar dan guru Islam akan mengingati peristiwa Israk dan Mikraj yang berlaku atas junjungan Nabi Muhammad S.A.W, menghayati dan mengambil iktibar peristiwa Israk dan Mikraj dan mengamalkan ajaran yang dibawa oleh Rasulullah S.A.W. sepenuhnya.

Subscribe to:
Posts (Atom)