Monday, October 3, 2011

MAJLIS PERSARAAN PUAN PENGETUA

Salam Sejahtera,

Hari ini, tibalah hari persaraan Tuan Pengetua, Puan Hjh Rusiah bt. Nasruddin.  Sebelum bermulanya Majlis Persaraan beliau, Tuan Pengetua menyempurnakan pelancaran buku Suara Guru SMK Air Merah iaitu satu koleksi teks ucapan mingguan para guru.  Buku ini dihasilkan dengan kerjasama Pusat Sumber Darul Hikmah.  Adalah menjadi harapan beliau yang buku ini akan menjadi sumber rujukan berguna buat setiap warga SMKAM.

Majlis persaraan bermula awal pagi setelah para pelajar, para guru dan YDP PIBG Tuan Haji Abdullah Hashim tiba dengan perarakan masuk Puan Pengetua diiringi oleh Penolong Kanan Pentadbiran, Puan Hjh Norhashimah bt. Che Meh, Penolong Kanan HEM Encik Yusri b. Abd. Rashid, Penolong Kanan Ko-Kurikulum, En. Mohd Asri b. Mansor serta barisan Guru Kanan Bidang.

Majlis dimulakan dengan bacaan doa yang diketuai oleh Ustaz Hasan b. Abu Lahak dan diikuti oleh Pembacaan Biodata Pn Hjh Rusiah bt. Nasrudin oleh Encik Asri bin Mansor, Penolong Kanan Ko-Kurikulum.  Majlis kemudiannya diteruskan dengan Ucapan YDP PIBG, Tuan Haji Abdullah b. Hashim dan seterusnya diikuti dengan Ucapan Penolong Kanan Pentadbiran, Puan Hjh Norhashimah bt. Che Meh.  Seterusnya, Majlis disempurnakan dengan Ucapan Perpisahan Tuan Pengetua dan diikuti dengan Upacara Penyampaian Sijil dan Penyampaian Hadiah dan Cenderahati.

Majlis kemudiannya diserikan dengan persembahan oleh anak-anak pelajar dan Tuan Pengetua sendiri.  Selepas acara memotong kek, Tuan Pengetua, barisan pentadbir, para guru dan tetamu jemputan dijemput untuk menikmati sedikit jamuan ringan

Majlis persaraan Puan Pengetua diakhiri dengan upacara bersalaman dengan para guru dan pelajar pada lebihkurang jam 1 tgh hari.

No comments:

Post a Comment