Sunday, April 24, 2011

Pertandingan Bola Baling

Satu pertandingan bola baling peringkat daerah telah diadakan dari 12 - 13 April 2011 di SMK Padang Serai.  Pasukan lelaki dan perempuan SMK Air Merah telah turut serta memeriahkan pertandingan tersebut dan hasil dari latihan gigih yang dijalankan saban minggu telah muncul sebagai pemenang tempat kedua bagi pasukan lelaki dan tempat ketiga bagi pasukan perempuan. Adalah diharapkan pasukan bola baling SMK Air Merah mendapat suntikan semangat dari pencapaian ini dan akan mampu pergi lebih jauh lagi selepas ini.  Insyaallah.

Syabas diucapkan kepada kedua-dua pasukan ini.  Anda hebat!!!!

Monday, April 18, 2011

HARI ANUGERAH CEMERLANG DAN MESYUARAT AGUNG PIBG KE-9 2011

Majllis Hari Anugerah Cemerlang yang berlangsung pada 27 Mac 2011 di rasmikan oleh Tuan Haji Badrunsham b. Dahalan, Ketua Sektor Psikologi & Kaunseling JPN Kedah.  Para tetamu dan waris tiba pada jam 8.00 pagi dan tetamu kehormat tiba pada jam 8.15 pagi.  Majlis dimulakan dengan bacaan doa dan ucapan alu-aluan & laporan pengetua.  Ini disusuli dengan ucapan YDP PIBG SMKAM dan seterusnya ucapan perasmian. Persembahan pelajar yang terdiri dari persembahan nasyid dan dikir barat berlangsung selepas itu.  Ini diikuti dengan Majlis Penyampaian Hadiah yang disempurnakan oleh Tuan Hj Badrunshah.  Para tetamu kemudiannya dipersilakan untuk menikmati sedikit jamuan ringan.

Mesyuarat Agung PIBG berlangsung tepat pada jam 10.30 pagi.