Wednesday, February 16, 2011

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL

SMK Air Merah telah mengadakan majlis SAMBUTAN MAULIDUR RASUL  SAW  1432H pada hari Ahad, 13 Feb 2011 bertempat di tapak perhimpunan.  Penceramah jemputan ialah YBHG TN HJ KHAIRUL ANUAR BIN MUSA, Pengetua SABK MADRASAH KHAIRIAH ISLAMIAH, POKOK SENA, KEPALA BATAS. 

Majlis itu diadakan bertujuan untuk:

1.  Mengingati sambutan ulang-tahun keputeraan Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW.
2.  Menghayati sejarah Rasulullah SAW.
3.  Mengamalkan ajaran Rasulullah SAW.
4.  Meningkatkan keimanan dan kecintaan terhadap Rasulullah saw.

Majlis dimulakan setelah pelajar berkumpul di tapak perhimpunan dengan kata-kata aluan Pengacara Majlis, Ustazah Kartini.  Ianya disusuli dengan pembacaan Ayat Al-Quran dan diikuti dengan Selawat.  Selepas itu, ceramah Maulidur Rasul disampaikan oleh penceramah jemputan iaitu YBHG Tuan Hj Khairul Anuar b. Musa.  Di dalam ceramah beliau, tuan hj juga menekankan tentang pentingnya perasaan cinta dan sayang kepada Rasulullah dipupuk dengan meniru dan menghayati gaya hidup rasulullah.  Di samping itu, beliau juga menekankan tentang ketidaksesuaian sambutan Hari Valentine di kalangan umat Islam kerana konsep Hari Valentine itu bertentangan dengan budaya Islam.

Majlis bersurai pada jam 9.00 pagi.

No comments:

Post a Comment