Salam sejahtera,
Laman web SMK Air Merah telah dibuka dan masih dalam proses memasukkan maklumat sekolah. Laman web ini boleh diakses di sini: SMK AIR MERAH
Laman web ini diwujudkan untuk rujukan warga SMK Air Merah untuk mendapatkan maklumat tentang aktiviti, pengumuman atau siaran yang ingin disampaikan oleh pihak sekolah.
Sekian.
Wednesday, October 5, 2011
Monday, October 3, 2011
MAJLIS PELANCARAN PUSAT AKSES KENDIRI PUSAT SUMBER DARUL HIKMAH 2011
Pusat Akses Kendiri, Pusat Sumber Darul hikmah merupakan cetusan idea Puan Pengetua, Hajah Rusiah bt. Nasruddin. Antara matlamat dan objektifnya kewujudannya adalah menyediakan kemudahan teknologi maklumat kepada para guru dan pelajar SMK Air Merah. Dengan adanya komputer yang disediakan, para pelajar boleh mengakses sendiri maklumat untuk tujuan pembelajaran selain meningkatkan kemahiran penggunaan ICT dalam kehidupan mereka seharian. Para pelajar juga boleh memuat turun maklumat yang diperlukan dalam menyiapkan kerja kursus yang diberikan oleh guru tanpa perlu mengunjungi kedai-kedai komputer di luar.
Sebagai permulaan, 3 buah komputer sumbangan PIBG dan Pn. Pengetua serta 2 buah laptop sumbangan INTEL kepada sekolah ditempatkan di ruangan ini. Para pelajar dan guru boleh menggunakan kemudahan internet mengikut jadual waktu yang ditetapkan.
Sehubungan dengan itu, perasmian Pusat Akses Kendiri ini telah dilakukan oleh YDP PIBG, En. Abdullah B Hashim bersama Pengetua dan barisan pentadbir sekolah pada 29 September 2011 di Pusat Sumber sekolah. Adalah menjadi harapan jawatankuasa PSS agar pusat akses ini dapat beroperasi sesuai dengan matlamat kewujudnya dan lebih banyak komputer akan ditempatkan pada masa akan datang.
Memandangkan jumlah komputer dan masa penggunaan yang begitu terhad, jadual waktu penggunaan diwujudkan agar lebih ramai pelajar dan guru berpeluang menggunakannya. Para pelajar boleh menggunakan komputer sebelum waktu P&P bermula, pada waktu rehat dan selepas P&P tamat.
MAJLIS PERSARAAN PUAN PENGETUA
Salam Sejahtera,
Hari ini, tibalah hari persaraan Tuan Pengetua, Puan Hjh Rusiah bt. Nasruddin. Sebelum bermulanya Majlis Persaraan beliau, Tuan Pengetua menyempurnakan pelancaran buku Suara Guru SMK Air Merah iaitu satu koleksi teks ucapan mingguan para guru. Buku ini dihasilkan dengan kerjasama Pusat Sumber Darul Hikmah. Adalah menjadi harapan beliau yang buku ini akan menjadi sumber rujukan berguna buat setiap warga SMKAM.
Majlis persaraan bermula awal pagi setelah para pelajar, para guru dan YDP PIBG Tuan Haji Abdullah Hashim tiba dengan perarakan masuk Puan Pengetua diiringi oleh Penolong Kanan Pentadbiran, Puan Hjh Norhashimah bt. Che Meh, Penolong Kanan HEM Encik Yusri b. Abd. Rashid, Penolong Kanan Ko-Kurikulum, En. Mohd Asri b. Mansor serta barisan Guru Kanan Bidang.
Majlis dimulakan dengan bacaan doa yang diketuai oleh Ustaz Hasan b. Abu Lahak dan diikuti oleh Pembacaan Biodata Pn Hjh Rusiah bt. Nasrudin oleh Encik Asri bin Mansor, Penolong Kanan Ko-Kurikulum. Majlis kemudiannya diteruskan dengan Ucapan YDP PIBG, Tuan Haji Abdullah b. Hashim dan seterusnya diikuti dengan Ucapan Penolong Kanan Pentadbiran, Puan Hjh Norhashimah bt. Che Meh. Seterusnya, Majlis disempurnakan dengan Ucapan Perpisahan Tuan Pengetua dan diikuti dengan Upacara Penyampaian Sijil dan Penyampaian Hadiah dan Cenderahati.
Majlis kemudiannya diserikan dengan persembahan oleh anak-anak pelajar dan Tuan Pengetua sendiri. Selepas acara memotong kek, Tuan Pengetua, barisan pentadbir, para guru dan tetamu jemputan dijemput untuk menikmati sedikit jamuan ringan
Majlis persaraan Puan Pengetua diakhiri dengan upacara bersalaman dengan para guru dan pelajar pada lebihkurang jam 1 tgh hari.

Subscribe to:
Posts (Atom)