Monday, October 3, 2011

MAJLIS PELANCARAN PUSAT AKSES KENDIRI PUSAT SUMBER DARUL HIKMAH 2011

Pusat Akses Kendiri, Pusat Sumber Darul hikmah merupakan cetusan idea Puan Pengetua, Hajah Rusiah bt. Nasruddin. Antara matlamat dan objektifnya kewujudannya adalah menyediakan kemudahan teknologi maklumat kepada para guru dan pelajar SMK Air Merah. Dengan adanya komputer yang disediakan, para pelajar boleh mengakses sendiri maklumat untuk tujuan pembelajaran selain meningkatkan kemahiran penggunaan ICT dalam kehidupan mereka seharian. Para pelajar juga boleh memuat turun maklumat yang diperlukan dalam menyiapkan kerja kursus yang diberikan oleh guru tanpa perlu mengunjungi kedai-kedai komputer di luar.








Sebagai permulaan, 3 buah komputer sumbangan PIBG dan Pn. Pengetua serta 2 buah laptop sumbangan INTEL kepada sekolah ditempatkan di ruangan ini. Para pelajar dan guru boleh menggunakan kemudahan internet mengikut jadual waktu yang ditetapkan.
Sehubungan dengan itu, perasmian Pusat Akses Kendiri ini telah dilakukan oleh YDP PIBG, En. Abdullah B Hashim bersama Pengetua dan barisan pentadbir sekolah pada 29 September 2011 di Pusat Sumber sekolah. Adalah menjadi harapan jawatankuasa PSS agar pusat akses ini dapat beroperasi sesuai dengan matlamat kewujudnya dan lebih banyak komputer akan ditempatkan pada masa akan datang.












Memandangkan jumlah komputer dan masa penggunaan yang begitu terhad, jadual waktu penggunaan diwujudkan agar lebih ramai pelajar dan guru berpeluang menggunakannya. Para pelajar boleh menggunakan komputer sebelum waktu P&P bermula, pada waktu rehat dan selepas P&P tamat.

No comments:

Post a Comment