Pada 6 Mac yang lalu, pihak pusat sumber telah mengadakan majlis pelantikan pustakawan dan pelancaran blog pusat sumber. Majlis tersebut disempurnakan oleh Tuan Pengetua SMK Air Merah, Pn Rusiah bt. Nasruddin. Majlis bermula dengan perarakan masuk pustakawan dan diikuti dengan bacaan doa. Kemudian, guru penyelaras pusat sumber, Pn Adianah bt Samam Juis memberikan sedikit ucapan disusuli dengan ucapan Tuan Pengetua dan seterusnya pelancaran blog pusat sumber.
Dalam ucapannya, Tuan Pengetua memberikan kata-kata semangat dan perangsang kepada pustakawan dan juga pengawas koperasi untuk menjalankan tugas dengan cemerlang dalam usaha membantu pihak sekolah mencapai misi dan visi sekolah.
Selepas itu, penyerahan dan penerimaan watikah pelantikan kepada pustakawan dan pengawas koperasi dijalankan. Watikah disampaikan oleh Tuan Pengetua. Akhir sekali, upacara bacaan ikrar oleh pustakawan dan pengawas koperasi yang dilantik dijalankan.
Majlis kemudiaannya disambungkan dengan pelancaran Nilam yang juga disempurnakan oleh Tuan Pengetua. Pelancaran ini dimulakan dengan sedikit ucapan oleh Guru Penyelarasa Nilam iaitu Cikgu Ku Norsyuhada dan Tokoh Nilam tahun 2010. Selepas itu, majlis diteruskan dengan persembahan pelajar. Seterusnya perasmian Nilam dilaksanakan oleh Tuan Pengetua SMK Air Merah.
Majlis bersurai pada lebih kurang jam 9.30 pagi.
No comments:
Post a Comment