Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada semua warga SMK Air Merah. Tahun 2013 baru saja membuka tirainya dan pelajar semua disambut dengan amanat Tuan Pengetua yang mahukan semua pelajar memulakan tahun baru ini dengan semangat dan azam baru untuk melipatgandakan usaha demi mencapai kecemerlangan. Untuk itu, sesi pembelajaran akan bermula tepat pada jam 7.30 pg dan bukan 7.40 pg seperti tahun-tahun lepas. Justeru, perhimpunan pagi bermula pada jam 7.20 pg sehingga 7.30 pg.
Pelajar juga diminta berada dalam kelas masing-masing semasa sesi P&P sedang berjalan dan tidak dibenarkan keluar dari kelas tanpa tujuan.
Bagi pihak Pusat Sumber SMK Air Merah, saya juga berharap para pelajar akan memanfaatkan kemudahan Pusat Sumber ini sebaik-baiknya. Pelajar dialu-alukan ke Pusat Sumber untuk membuat rujukan atau mengisi masa dengan membaca bahan-bahan yang ada di Pusat Sumber. Pelajar adalah dilarang sama sekali untuk membuat bising atau berbual-bual kerana amat lah perlu para pelajar memahami bahawa Pusat Sumber adalah tempat untuk menimba ilmu dan bukannya kedai kopi.
Sekian. Terima kasih.