Wednesday, January 2, 2013

Selamat Tahun Baru 2013

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada semua warga SMK Air Merah.  Tahun 2013 baru saja membuka tirainya dan pelajar semua disambut dengan amanat Tuan Pengetua yang mahukan   semua pelajar memulakan tahun baru ini dengan semangat dan azam baru untuk melipatgandakan usaha demi mencapai kecemerlangan.  Untuk itu, sesi pembelajaran akan bermula tepat pada jam 7.30 pg dan bukan 7.40 pg seperti tahun-tahun lepas.  Justeru, perhimpunan pagi bermula pada jam 7.20 pg sehingga 7.30 pg.

Pelajar juga diminta berada dalam kelas masing-masing semasa sesi P&P sedang berjalan dan tidak dibenarkan keluar dari kelas tanpa tujuan.

Bagi pihak Pusat Sumber SMK Air Merah, saya juga berharap para pelajar akan memanfaatkan kemudahan Pusat Sumber ini sebaik-baiknya.  Pelajar dialu-alukan ke Pusat Sumber untuk membuat rujukan atau mengisi masa dengan membaca bahan-bahan yang ada di Pusat Sumber.  Pelajar adalah dilarang sama sekali untuk membuat bising atau berbual-bual kerana amat lah perlu  para pelajar memahami bahawa Pusat Sumber adalah tempat untuk menimba ilmu dan bukannya kedai kopi.

Sekian.  Terima kasih.

Wednesday, October 10, 2012

PEPERIKSAAN PMR 2012

As salamualaikum dan selamat sejahtera kepada warga SMK Air Merah,

Peperiksaan PMR sudahpun bermula dan hari ini adalah hari ketiga.  Diharap anak-anak pelajar akan dapat menjawab dengan tenang. Marilah kita sama-sama mendoakan kejayaan mereka.

SELAMAT BERJUANG

Monday, July 2, 2012

Kejohanan Padang dan Balapan

Kejohanan Padang dan Balapan SMKAM akan berlangsung pada hari Rabu, 4 Julai 2012. Kejohanan ini akan bermula pada 2.30 petang dengan perbarisan pasukan beruniform dan rumah-rumah sukan.

Pertandingan hiasan rumah juga akan diadakan.  Diharap semua pihak akan berikan kerjasama sepenuhnya demi menjayakan kejohanan ini..

Tuesday, June 19, 2012

Sukan Tara

Assalamualakum semua warga SMKAM,

Sukan tara untuk tahun ini bermula hari ini jam 3 petang sebagai persediaan untuk Acara Kejohanan Balapan dan Padang SMKAM 2012 yang akan berlangsung pada 4 Julai nanti.  Diharapkan semua pelajar akan cuba dengan bersungguh-sungguh untuk memungut mata bagi rumah sukan masing-masing.  Acara sukan tara ialah acara pecut 100m dan lontar peluru.

Sekian.

Wednesday, May 23, 2012

Peperiksaan Pertengahan Tahun

Peperiksaan Pertengahan Tahun telah bermula minggu lepas dan akan berakhir pada hari Khamis, 24 Mei iaitu hari terakhir untuk penggal ini.  Cuti pertengahan tahun akan bermula pada 25 Mei dan berakhir pada 9 Jun 2012. 

Untuk pelajar Tkt 3 dan 5, pihak sekolah akan menjalankan kelas-kelas dalam cuti di mana guru-guru matapelajaran akan membimbing pelajar membuat latihan dalam kelas. Di harap pelajar akan mengambil kesempatan ini untuk membuat ulangkaji dibawah bimbingan guru. Modul latihan untuk pelajar Tkt 1, 2 dan 4 juga disediakan untuk dibuat semasa cuti sekolah. 

Dengan ini, pihak sekolah mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat bercuti, dan adalah menjadi harapan pihak sekolah agar pelajar menggunakan masa cuti ini dengan sebaiknya.

Wednesday, February 22, 2012

Kelab Videografi Dan Fotografi

Pagi ini telah berlangsung mesyuarat kelab dan persatuan SMK Air Merah.  Kelab yang baru ditubuhkan ialah Kelab Videografi dan Fotografi dengan mendapat sambutan di luar dugaan.  Seramai 135 ahli kelab telah didaftarkan.  Serentak dengan itu, sebuah blog yang khusus untuk kelab tersebut  telah diwujudkan.  Blog tersebut dapat diakses di sini....KELAB VIDEOGRAFI DAN FOTOGRAFI.

Adalah diharapkan kewujudan kelab ini akan meningkatkan lagi minat pelajar untuk bergiat dengan lebih aktif dalam bidang kokurikulum.

Tuesday, February 21, 2012

UJIAN 1-2012

Salam dan selamat sejahtera pada semua warga SMKAM,

Ujian 1 akan bermula pada 4 Mac, Ahad dan akan berakhir pada 6 Mac, Selasa.  Di harap para pelajar akan melakukan ulangkaji dan membuat persediaan sewajarnya bagi mendapatkan keputusan yang cemerlang.

ALL THE BEST!!!!