Majlis Perlantikan Guru Disiplin Dan Pengawas SMKAM 2011 telah berlangsung pada pagi ini tepat pada jam 7.40 pagi di tapak perhimpunan. Tetamu kehormat sempena majlis ini ialah Tuan ASP Ahmad Sidi b. Mohamad Lazin.
Acara majlis di dahului dengan kata aluan dari Tuan Pengetua, Pn Rusiah bt. Nasruddin. Antara lain, beliau mengalu-alukan kehadiran Tuan ASP dan menyatakan kebimbangan beliau akan terdedahnya para pelajar kepada pelbagai risiko di luar sekolah. Sehubungan itu, beliau amat berharap agar Tuan ASP dapat memberikan sedikit panduan kepada para pelajar. Setinggi-tinggi tahniah juga diucapkan kepada para guru yang dipilih sebagai guru disiplin dan juga anak2 pelajar yang diberikan kepercayaan penuh untuk menjalankan tugas sebagai pengawas sekolah. Beliau juga amat berharap agar para pengawas ini dapat menjalankan tugas mereka dengan penuh komitmen dan dapat membentuk sahsiah diri untuk menjadi pemimpin di masa hadapan.
Majlis kemudiannya disambung dengan ucapan Tuan ASP. Di antara intipati ucapan beliau itu ada nasihat kepada pelajar supaya tidak melibatkan diri dalam perkara yang tidak diingini. Contohnya.. elakkan dari terlibat dalam kesalahan trafik. Beliau menegaskan bahawa dalam kesalahan trafik, bukan saja pelajar yang melakukan kesalahan yang akan disaman malah ibubapanya juga akan disaman. Jenayah curi motosikal juga didapati meningkat di sekolah-sekolah. Beliau juga menasihatkan pelajar supaya menjauhi penyalahgunaan dadah kerana seringkali, penagihan dadah akan berakhir dengan kematian.
Ucapan Tuan ASP itu diikuti dengan penyampaian watikah perlantikan guru disliplin dan pengawas dan disusuli pula dengan majlis penurunan kuasa merotan kepada beberapa orang guru.
Majlis diakhiri dengan penyampaian cenderahati kepada tetamu kehormat, Tuan ASP Ahmad Sidi b. Mohamad Lazin sebagai penghargaan atas kesudian beliau meluangkan masa menghadiri majlis kita ini.
Sekian.




No comments:
Post a Comment