Monday, February 20, 2012

PROGRAM CERAMAH POLIS

Program ceramah bersama polis telah berlangsung pagi ini bermula dari jam 8.00 pagi dan berakhir pada jam 9.30 pagi.  Ceramah disampaikan oleh Tuan Inspektor Sobri bin Ismail dari Bahagian Risikan dan Operasi, IPD Kulim.

Ceramah yang disampaikan, antara lain, adalah berkisar tentang salah laku di kalangan pelajar seperti merokok, ponteng, pergaduhan dan sebagainya.  Beliau juga memberi kata dua kepada pelajar bahawa pihak polis boleh mengambil tindakan sekiranya perbuatan salah laku ini dilaporkan kepada pihak polis.

Jutaan terima kasih diucapkan kepada beliau kerana sudi meluangkan masa untuk berkongsi maklumat dengan para pelajar dan guru.

No comments:

Post a Comment