Pagi ini telah berlangsung mesyuarat kelab dan persatuan SMK Air Merah. Kelab yang baru ditubuhkan ialah Kelab Videografi dan Fotografi dengan mendapat sambutan di luar dugaan. Seramai 135 ahli kelab telah didaftarkan. Serentak dengan itu, sebuah blog yang khusus untuk kelab tersebut telah diwujudkan. Blog tersebut dapat diakses di sini....KELAB VIDEOGRAFI DAN FOTOGRAFI.
Adalah diharapkan kewujudan kelab ini akan meningkatkan lagi minat pelajar untuk bergiat dengan lebih aktif dalam bidang kokurikulum.
No comments:
Post a Comment