Wednesday, January 11, 2012

PERMULAAN SESI PERSEKOLAHAN 2012

Pelajar SMK AIR MERAH diperkenalkan kepada Tuan Pengetua baru pada hari pertama persekolahan dalam perhimpunan pertama pada 3/1/12, iaitu Tuan Haji Azli b. Abdul Ani.  Beliau telah melapor diri di sekolah ini pada 20/11/12. 

Di dalam ucapan sulongnya dalam perhimpunan itu, antara lain, beliau mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada pelajar Tkt 4 atas pencapaian keputusan PMR 2011 yang begitu cemerlang sekali iaitu 70.80% berbanding dengan 68.03% bagi tahun 2010.  Beliau juga mengucapkan tahniah dan jutaan terima kasih kepada para guru dan barisan pentadbiran atas usaha mereka yang tidak mengenal penat dalam mendidik pelajar.  Sehubungan itu, Tuan Pengetua menekankan pentingnya para pelajar belajar dengan bersungguh-sungguh dan berdisiplin demi masa depan yang cemerlang.  Beliau juga amat berharap yang para pelajar memberikan tumpuan sepenuhnya dalam kelas semasa P&P sedang berjalan.

Di dalam perhimpunan itu juga, beliau mengumumkan pertukaran keluar Pn Hajah Norhashimah Che Meh, PK Pentadbiran ke SMK Selama sebagai Tuan Pengetua. 

Pihak sekolah amat mengalu-alukan kedatangan Tuan Pengetua ke SMKAM dan diharapkan sekolah ini akan menjadi lebih cemerlang dibawah kepimpinan beliau.

No comments:

Post a Comment